comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Saya perlu menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah kepada Manchester City – Guardiola

Pemain Manchester City kelihatan ceria di padang latihan menjelang perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang RB Leipzig. – FOTO: REUTERS

MANCHESTER: Tekanan semakin dirasai Manchester City yang masih lagi belum dapat menamatkan kemarau kejayaan Liga Juara-Juara Eropah.

Jurulatihnya, Pep Guardiola menjelaskan saingan tersebut merupakan tugasan yang diberikannya dengan Liga Juara-JuaraEropah ialah ukuran sebenar pencapaiannya.

“Semestinya saya dinilai dari pertandingan ini (Liga Juara-Juara Eropah). Kerana pada hari pertama saya tiba disini, ketika duduk disini untuk pertama kali mereka mengatakan,…Anda disini untuk memenangi Liga Juara-Juara. Saya terkejut kerana jika saya mengendalikan Real Madrid saya memahaminya, tetapi disini entahlah jadi saya menerimanya.” jawab Guardiola dalam sidang media pra perlawanan.

City telah menyapu semua trofi domestik sejak kehadiran jurulatih berusia 52 tahun itu tetapi mereka masih belum menjuarai pertandingan terbesar Eropah tersebut walaupun beberapa kali hampir-hampir melakukannya.

Turun beraksi sebagai tuan rumah diiringi keputusan 1-1 di perlawanan pertama di Jerman, Erling Haaland terus menjadi sandaran utama berdasarkan rekod 28 gol dalam 26 perlawanan, cuma prestasinya semakin menurun apabila menjaringkan tiga gol sahaja dalam sembilan perlawanan terakhir.

Loading...
Terkini