comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Sherman penggempur baharu Sri Pahang

FOTO: Sri Pahang/Facebook

KUALA LUMPUR: Tempoh pra-musim Liga Malaysia 2023 terus dihangatkan dengan perpindahan pemain menyertai pasukan baharu.

Juara liga tanah air sebanyak lima kali, Sri Pahang Fc mengumumkan kehadiran penyerang baharu Kpah Sherman menyarung jersi pasukan itu musim ini.

Penyerang dari Liberia itu menjadi senjata harapan skuad Tok Gajah memperkasa posisi penggempur di bawah bimbingan Fandi Ahmad.

FOTO: Sri Pahang/Facebook

Sherman berada di tahun keenamnya di Malaysia dengan mengumpul sebanyak 72 gol ketika mewakili MISC-MIFA, PKNS FC, Kedah Darul Aman dan Terengganu FC.

Pencapaian terbaiknya ialah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas Liga Super 2019 menerusi 14 gol bersama PKNS FC.

Sherman menjadi pemain asing kelima pasukan yang telah mengikat empat pemain import lain iaitu Stefano Brundo dari Argentina, Lucas Silva (Brazil), Michael Glassock (Australia) dan Kevin Ingreso (Filipina).

Loading...
Terkini