comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Skuad kendalian E. Elavarasan mulakan saingan dengan langkah kanan

Aksi skuad B-22 negara. – FOTO: FAM

SINGAPURA: Skuad bawah 22 tahun negara memulakan kempen Piala Merlion dengan langkah kanan apabila menundukkan skuad bawah 22 tahun Kemboja menerusi kemenangan 4-2.

Aksi yang berlangsung di Stadium Jalan Besar itu jelas berjaya didominasi barisan pemain E. Elavarasan yang tampil dengan persembahan cukup baik.

Sekaligus memberikan gambaran awal skuad kebangsaan menjelang temasya Sukan SEA yang akan berlangsung di Kemboja Mei nanti.

FOTO: FAM

Malaysia jelas bermula garang berdepan skuad Kemboja yang dikendalikan oleh legenda Jepun, Keisuke Honda, membuka jaringan pada minit ke 13 menerusi sentuhan Haqimi Azim.

Dan kem Malaysia terus ceria apabila Ruventhiran berjaya menggandakan kedudukan ketika permainan memasuki minit ke 30.

Enam minit berselang, Kemboja ceria merapatkan kedudukan 2-1, gol menerusi percubaan Lim Pisoth.

Dan memasuki babak kedua, usaha keras Kemboja untuk mencari gol penyamaan berhasil apabila Sieng Chanthea menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke 50.

Namun, selepas itu, penguasaan mula disajikan Malaysia dengan Fergus Thierney kembali meletakkan skuad negara di depan menerusi gol ketiga pada minit ke 62.

Mint ke 73, gol keempat Malaysia menyusul, kali ini dijaringkan oleh Najmuddin Akmal.

Keputusan 4-2 yang diraih skuad kendalian Elavarasan jelas cukup mengujakan, satu permulaan baik bagi kejohanan yang membabitkan 4 penjuru ini.

Ia turut menyaksikan Malaysia gah melangkah ke perlawanan akhir dan akan bertemu pemenang antara Singapura dan Hong Kong Ahad nanti.

Loading...
Terkini