comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Skuad negara rancang bersiap di Qatar menuju Piala Asia B-17 2023

FAM rancang hantar Skuad B-16 negara jalani persiapan di Qatar Februari nanti. – FOTO: FAM / Facebook

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak proaktif dengan merancang menghantar pasukan bawah 16 tahun negara ke Qatar sebagai persiapan mengambil bahagian di pusingan akhir Piala Asia 2023.

Timbalan Presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan latihan intensif di sana amat penting memastikan pemain muda negara mendapat bekalan dan momentum terbaik untuk bertarung dengan negara-negara Asia lain dalam saingan sebenar.

“Kita berharap pasukan ini boleh pergi lebih jauh selepas ini dan secara dasarnya, kita setuju menghantar mereka ke Qatar bagi tempoh hampir sebulan bermula Februari nanti,” kata Datuk Mohd Yusoff.

Perkara tersebut sedang dibicangkan dengan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) sebelum dimuktamadkan.

Negara terbabit sememangnya diakui sebagai antara destinasi bola sepak terbaik memandangkan mempunyai fasiliti serta kepakaran terkini selain pemilihan sebagai penganjur pusingan akhir Piala Dunia FIFA November ini.

FAM bangga dengan keputusan yang dilakar semasa fasa kelayakan di Indonesia Oktober lalu yang menyaksikan Malaysia menjuarai kumpulan B termasuklah mengecewakan tuan rumah.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih belum membuat ketetapan penganjuran mengenai Pusingan Akhir Piala Asia Bawah 17 Tahun yang dijadual tahun depan.

Loading...
Terkini