comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK : Southgate azam tebus kekecewaan

Gareth Southgate -FOTO: AFP

MANCHESTER : Kekecewaan tewas kepada Itali pada kempen Euro 2020 tidak melunturkan azam pengendali England, Gareth Southgate untuk memacu skuad ‘Three Lions’ ke sasaran sama pada kempen Euro 2024 tahun depan.

Southgate yang sebelum ini mengambil sedikit masa untuk menimbang kedudukannya bersama pasukan England selepas disingkirkan Perancis di peringkat suku akhir pada kempen Piala Dunia 2022 Disember lalu akhirnya memutuskan untuk terus kekal bersama pasukan.

Dan pasti peluang untuk membalas dendam lama itu boleh dibayar menjelang aksi kelayakan Euro 2024 Jumaat ini apabila England dijadualkan bertemu semula dengan Itali.

 

Pelbagai perubahan telah dilakukan Southgate terhadap skuad England, namun masih belum dapat menamatkan kemarau 58 tahun kejuaraan walaupun selepas tiga kejohanan terakhir menyaksikan England mara ke peringkat suku akhir separuh akhir dan juga akhir.

“Kami perlu menunjukkan bahawa kami boleh beraksi di mana-mana tempat dan menang. Itu adalah langkah seterusnya untuk kami sebagai satu pasukan,” kata Southgate mengenai prospek menentang Itali di Estadio Diego Armanda Maradona dekat Naples, awal pagi Jumaat ini.

England gagal dalam penentuan sepakan penalti menentang Itali pada aksi final Euro 2020 di laman sendiri dan gagal menewaskan anak buah Roberto Mancini dalam dua pertembungan di Liga Negara-Negara sebelum Piala Dunia.

The Three Lions tidak memenangi satu perlawanan pun dalam kempen Liga Negara-Negara mereka tetapi masih mampu bangkit menghampiri tahap terbaik sebaik sahaja bermulanya Piala Dunia.

Southgate juga perlu berwaspada terhadap penurunan prestasi semasa proses kelayakan kali ini.

Loading...
Terkini