BUKIT JALIL: Tempat ketiga Pesta Bola Merdeka 2024 menjadi milik pasukan Tajikistan dengan mengatasi Filipina.
Perlawanan penentuan ketiga/ keempat yang berlangsung di Stadium Nasional sebentar tadi menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa penuh 90 minit permainan.
Pemenang yang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti menyaksikan Tajikistan mencatat keputusan 4-3.
Aksi seterusnya yang ditunggu-tunggu ialah perlawanan akhir menampilkan tuan rumah Malaysia menentang Lubnan jam 9 malam.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.