comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Tarikh akhir bidaan pemilikan Manchester United dilanjutkan

Manchester United yang dimiliki Glazer mempertimbang jualan saham pemilikan kelab, – FOTO: REUTERS

MANCHESTER: Persaingan memiliki kelab bola sepak Manchester United semakin mendebarkan apabila tarikh akhir bidaan dilanjutkan lagi.

Situasi terbaharu itu sekaligus menjangkakan pemilik Ineos Jim Radclife dan jurubank Qatar, Sheik Jassim mengemukakan bidaan pembelian.

Difahamkan usul dari kedua-dua pihak terbabit telah berhubung dengan United baru-baru ini untuk mendapatkan perbincangan positif.

Ineos mahu membeli gabungan pegangan saham dari Glazer sekitar 69% manakala wakil Qatar itu pula mensasarkan pemilikan 100% kelab.

Jumlah bidaan awal tidak dinyatakan tetapi dianggarkan bawah penilaian kelab.

Keluarga Glazer dari Amerika Syarikat itu membuat pengumuman pada November tahun lalu bahawa mereka sedang mempertimbang menjual kelab Manchester United yang dimiliki sejak 2005. – AP

Loading...
Terkini