comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK – Tiket aksi persahabatan Harimau Malaya mula dijual hari ini

 

KELANA JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan penjualan tiket bagi dua aksi persahabatan Tier 1 bermula hari ini.

Menerusi perkongsian FAM dalam laman sosial rasminya, penjualan tiket hanya membabitkan penjualan atas talian sahaja dan tiada penjualan tiket secara fizikal.

Tiket terbuka bagi kedua-dua perlawanan dijual dengan harga RM30, untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun pula berharga RM5.

Semua tiket perlawanan boleh didapati di laman sesawang www.tickethotline.com.my.

Pada perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu, skuad kendalian Kim Pan Gon akan beraksi untuk dua perlawanan, menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023 (Khamis) sebelum turun sekali lagi bertemu Hong Kong pada 28 Mac 2023 (Selasa).

Loading...
Terkini