comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: United benam Chelsea, sahkan tempat ke aksi Liga Juara-Juara Eropah

MANCHESTER: Tiket terakhir dan keempat dari Liga Perdana Inggeris ke pentas Liga Juara-Juara Eropah menjadi milik Manchester United.

Ini selepas Red Devils menewaskan Chelsea 4-1 yang meletakkan mereka di tangga ketiga mengumpul 72 mata sekaligus menutup peluang Liverpool untuk mendapatkannya berbaki satu lagi perlawanan.

“Saya fikir kelab ini perlu berada di Liga Juara-Juara Eropah, jadi kamu harus melayakkan diri terlebih dahulu. Tetapi liga ini amat mencabar, memandangkan ramai kelab yang bersaing untuk mendapatkan kedudukan tersebut dan mampu melakukannya kerana mempunyai peruntukan dan skuad yang baik,” jawab pengendali Erik ten Hag selepas pasukannya membenam Chelsea.

Di Old Trafford, tuan rumah mendahului 2-0 hasil penyudah Casemiro dan Anthony Martial minit keenam dan masa kecederaan.

Pelawat terus hilang arah melepaskan gol keliga dari sepakan penalti Bruno Fernandes minit ke-73 disusuli penyudah Marcus Rashford yang menjadikan kedudukan semasa 4-0 lima minit berselang.

Joao Felix kemudian memberikan gol saguhati The Blues minit ke-89.

“Ia perasaan bercampur baur. Kami bermain baik di sesetengah bahagian. Ada persembahan individu yang boleh menjadi prospek masa hadapan jika mereka terus bekerja keras. Tetapi realitinya apabila datang ke Manchester United, mereka menyerlahkan kualiti begitu klinikal di hadapan gawang ketika pertahanan kita sangat longgar di separuh masa kedua. Itulah sebabnya.” luah jurulatih Chelsea Frank Lampard.

Loading...
Terkini