comscore
Tumpuan :
Sukan

Bola Sepak: Uruguay, Korea Selatan sama liat 

Pertemuan Uruguay dan Korea Selatan dalam perlawanan Piala Dunia 2022 kumpulan H di Stadium Education City, Al Rayyan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. – FOTO: Reuters

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin 

AL RAYYAN: Satu lagi pertarungan sengit disaksikan apabila Uruguay menentang Korea Selatan dalam perlawanan Piala Dunia kumpulan H.

Pertarungan di Stadium Education City itu menampilkan permainan berintensiti tinggi kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan memburu gol.

Barisan Taegukgi Warriors yang diketuai Son Heung-Min dengan bertopeng pelindung muka mendapat peluang keemasan menghasilkan jaringan tetapi sepakan penyerang Hwang Ui-Jo di depan gawang lawan melambung tinggi minit ke-34.

Paling hampir melakukannya selepas itu ialah ketua pasukan Uruguay menerusi tandukan Diego Godin yang singgah di tiang gol seminit sebelum rehat.

Uruguay dan Korea Selatan meningkatkan tempo permainan pada baki 45 minit berikutnya dengan matlamat memecah kebuntuan.

Kemasukan penyerang gantian Edinson Cavani juga gagal mengubah nasib wakil Amerika Selatan itu yang pernah menjulang Piala Dunia 1930 dan 1950.

Kedudukan 0-0 hingga tamat permainan memaksa pasukan kendalian Diego Alonso dan Paulo Bento itu akur dengan masing-masing meraih satu mata. – Reuters

Loading...
Terkini