comscore
Tumpuan :
Sukan

Bola Sepak: Zenit tundukkan JDT

Arif Aiman (tengah) cuba melepasi pemain Zenit. FOTO Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR – Pengalaman cukup bermakna diraih juara Liga Super, Johor Darul T3a’zim (JDT) pada aksi terakhir perlawanan pramusim di Dubai selepas terpaksa akur dengan kehebatan Zenit St. Petersburg menerusi keputusan 0-3.

Ia satu keputusan yang sudah dijangka lebih awal berdasarkan reputasi yang dimiliki lawan sebagai juara Liga Perdana Rusia selama empat musim berturut-tururt selain pernah menjulang Piala Europa pada 2008.

Walaupun terpaksa menelan kekalahan besar kepada Zenit, ia membuka ruang buat pengendali, Esteban Solari untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi Piala Sumbangsih, perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia berdepan Terengganu FC 24 Februari nanti.

Malah ia adalah kekalahan kedua dalam lima aksi pramusim selepas turut tumbang kepada FC Rostov 2-0, juga dari Rusia.

Begitupun, tiga lagi berakhir dengan kemenangan apabila menewaskan kelab UAE, Fursan Hispania 3-0; menang 1-0 ke atas kelab Bulgaria, FC Levski Sofia dan turut meraih keputusan sama ketika berdepan Lokomotiv Moscow dari Rusia.

Dalam aksi itu, tiga gol Zenit dicetak pada babak pertama masing-masing menerusi Rodrigao Prado di minit 10; Malcom minit 15 dan Danila Kozlov minit 31.

Selepas perlawanan ini, JDT dijadual terus pulang ke tanahair.

Pada musim lalu, skuad Harimau Selatan menyapu bersih saingan Liga Malaysia dengan muncul juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut selain memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

Loading...
Terkini