comscore
Tumpuan :
Sukan

Boling padang negara raih 1 emas, 2 perak, Izzat Shamee masih ‘raja’ Asia

 

KUALA LUMPUR: Skuad boling padang negara berjaya meraih satu pingat emas dan dua perak pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-15 di Kompleks Huai Yai itu, Pattaya, Thailand semalam.

Perseorangan negara Izzat Shamee Dzulkeple mempertahankan pingat emas dimenanginya pada edisi ke-14 di Ipoh, Perak apabila menewaskan lawan dari Hong Kong, James Po 21-9 pada acara akhir single lelaki.

Dua pingat perak skuad kebangsaan dimenangi masing-masing menerusi acara fours lelaki dan triples wanita.

Kuartet negara yang dibarisi Mohamed Fadley Abd Jabal, Hizlee Rais, Amin Ramlan dan Soufi Rusli tewas kepada pasukan India 10-15 pada aksi final fours lelaki.

Manakala pasukan wanita yang diwakili Alyani Jamil, Nor Farah Ain Abdullah dan Syafiqa Rahman pula terpaksa akur dengan pingat perak apabila tunduk kepada lawan mereka dari Filipina 14-18 dalam aksi final triples. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini