comscore
Tumpuan :
Sukan

Bosnia jadi mangsa Itali pada aksi pemanas badan terakhir

Pemain Itali, Federico Dimarco (kanan) mengelak bentesan pemain Bosnia, Denis Huseinbasic pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Carlo Castellani, Empoli awal pagi tadi. – FOTO: Reuters

EMPOLI: Itali mengalahkan Bosnia Herzegovina 1-0 awal pagi tadi untuk memenangi perlawanan pemanas badan terakhir sebelum mempertahankan Kejuaraan Eropah di Jerman.

Gol voli menarik Davide Frattesi tujuh minit sebelum rehat cukup buat Itali untuk meraih kemenangan dalam cuaca hujan lebat di Empoli.

Pemain tengah Inter Milan, Frattesi sepatutnya menjaringkan satu gol sebelum meledak masuk susulan hantaran lintang Federico Chiesa ketika barisan eksperimen kendalian Luciano Spalletti mempamerkan permainan menggalakkan serangan lancar serta hantaran pantas.

Azzurri beraksi lebih baik berbanding ketika seri tanpa jaringan dengan Turkiye Selasa lalu dengan Gianluca Scamacca turut dinafikan dua kali oleh penjaga gol Bosnia, Kenan Piric.

“Saya patut menjaringkan lebih banyak gol tetapi masih ada ruang untuk peningkatan,” kata Frattesi kepada badan penyiar RAI.

Pemain Itali meraikan gol tunggal jaringan Davide Frattesi pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Bornia Herzegovina di Stadium Carlo Castellani, Empoli awal pagi tadi. – FOTO: Reuters

“Kami mempunyai peluang baik tetapi kami tidak mengambil kesempatan kerana pada peringkat kumpulan Euro peluang mungkin sedikit.”

Itali membuka tirai kempen mempertahankan kejuaraan pada 15 Jun ini menentang Albania dalam Kumpulan B, yang mana mereka turut berdepan Sepanyol dan Croatia. -AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini