comscore
Tumpuan :
Sukan

Bruce bakal latih Korea Selatan?

Bruce juga dilaporkan turut menarik minat kelab di Arab Saudi. FOTO: Reuters

LONDON: Bekas pemain Manchester United Steve Bruce, dilaporkan berminat untuk menggantikan Jurgen Klinsmann sebagai pengurus Korea Selatan.

Menurut The Mirror, Bruce kini berhasrat untuk berpindah ke luar negara dan antara keutamaannya menggantikan Klinsmann.

Laporan itu turut menyebut jurulatih berusia 63 tahun itu kembali bersemangat selepas lebih setahun tidak bekerja dan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) sudah berbincang mengenai beliau sebagai calon berpotensi.

Bruce dipecat oleh West Brom pada Oktober 2022.

Bagaimanapun pengalaman Bruce memang tidak dinafikan, dengan membimbing 12 kelab berbeza sejak karier kejurulatihannya bermula di Sheffield United pada 1998.

Antara kejayaan  Bruce mengemudi Birmingham City dan Hull City layak beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Jawatan ketua jurulatih Korea Selatan kini kosong selepas Klinsmann dipecat susulan gagal dalam kempen Piala Asia apabila tumpas di tangan pasukan kerdil Jordan pada separuh akhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini