comscore
Tumpuan :
Sukan

Bruno Fernandes gesa pemain United bangkit

LONDON: Kapten Red Devils, Bruno Fernandes menggesa  rakan sepasukannya bangkit menjelang kunjungan ke Burnley pada saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini, selepas kekalahan tipis 3-4 di tangan Bayern Munich pada aksi Liga Juara-juara.

“Kami mempunyai pemain dan banyak pengalaman serta dipenuhi bakat dalam pasukan untuk melalui saat sukar ini.”

Peminat United mula mempertikaikan skuad kendalian Eric Ten Haq itu apabila bemula buruk musim ini,   tewas tiga daripada lima perlawanan untuk berada di tangga ke-13 sekadar meraih enam mata.

“Kami menguasai awal perlawanan dengan baik ketika berdepan Bayern, jelas ketika mereka mendahului 3-1, kami masih mampu bangkit, kami masih berjuang untuk meraih keputusan.”

Begitupun  akui Fernandes apabila berdepan kelab besar dan memberi mereka banyak ruang, lawan akan mengambil kesempatan itu.

Berkunjung ke Burnley ahad ini, bukan sesuatu tugas mudah buat United meskipun lawan bergelut di kelompok bawahan.

Burnley kini dilihat memiliki moral tinggi apabila  berjaya meraih mata sulung selepas mengikat Nottingham Forest satu sama di arena lawan.

Skuad yang diurus bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany kini berada di tangga kedua tercorot, tewas tiga daripada empat perlawanan.

Loading...
Terkini