comscore
Tumpuan :
Sukan

Cabaran Hon Jian-Haikal di Sydney berakhir

 

Hon Jian-Haikal akur kekentalan beregu China He Ji Ting-Ren Xiang Yu dan tewas 18-21, 9-21 pada saingan separuh akhir Badminton Terbuka Australia di Sydney.-Foto BAM

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara Choong Hon Jian -Mohd Haikal Nazri terpaksa menerima hakikat perlu banyak belajar lagi untuk mencabar gandingan China He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada saingan mendatang .

Cabaran Hon Jian-Haikal pada Badminton Terbuka Australia di Sydney sebentar tadi berakhir apabila tewas di tangan beregu nombor lapan dunia itu yang tampil selaku pilihan pertama kejohanan.

Meskipun berjaya mengimbangi penguasaan lawan pada set pertama sebelum tewas 18-21, situasi set kedua nyata berbeza apabila pasangan negara hilang rentak dan mudah menyerah.

Hon Jian-Haikal yang berada di ranking ke-26 dunia hanya mampu meraih sembilan mata dalam aksi keseluruhan 34 minit itu.

Apapun aksi final beregu lelaki esok menepati ramalan apabila dua pilihan utama berentap.

Ji Ting-Xiang Yu akan berdepan pilihan kedua dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Pada satu lagi saingan separuh akhir, Ahsan-Hendra terpaksa bekerja keras menundukkan beregu Taiwan Chen Zhi Ray – LinYu Chieh 21-14, 17-21, 21-1.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini