
PETALING JAYA: Cabaran perseorangan dan beregu lelaki negara pada Kejohanan Badminton Masters Korea di Gwangju, berakhir pada saingan suku akhir hari ini.
Perseorangan lelaki, Soong Joo Ven tewas kepada bekas juara dunia dari Jepun Kento Momota 16-21, 11-21.
Kemenangan ini menyaksikan Momota akan berdepan Lei Lan XI yang menumpaskan seorang lagi perseorangan negara Leong Jun Hao pada separuh akhir esok.

Beregu lelaki negara Goh Sze Wei – Izzuddin Rumsani, pula tersingkir selepas dikalahkan pasangan tuan rumah, juga pilihan pertama, Kang Min Hyuk – Seo Seung Jae 18-21, 10-21.
Cabaran Malaysia pada separuh akhir esok akan diteruskan oleh dua beregu campuran Goh Soon Huat- Shevon Lai dan Chen Tang Jie -Toh Ee Wei.
Tugas getir menanti mereka, menyaksikan Soon Huat – Shevon menentang pilihan ke-2 dari China, Jiang Zhen Bang – Wei Ya Xin manakala Tang Ji