comscore
Tumpuan :
Sukan

Carolina terus cabar jaguh-jaguh Asia

FOTO REUTERS

PETALING JAYA: Bekas pemain nombor satu dunia, Carolina Marin dari Sepanyol terus mencuri tumpuan apabila mara ke separuh akhir saingan badminton Jelajah Akhir BWF di Hangzhou, China selaku juara Kumpulan B.

Carolina mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan B selepas melakar kemenangan ketiga berturut-turut  mengejutkan  pemain tuan rumah, Chen Yu Fei yang juga pemain nombor dua dunia, dalam pertarungan sengit dua set 25-23, 24-22 hari ini.

Carolina yang berada di ranking ke-5 dunia, sebelum ini menewaskan pemain Amerika Syarikat Zhang Beiwen 21-18, 21-10 pada aksi pertama Kumpulan B, sebelum mudah menjinakkan seorang lagi pemain tuan rumah, Han Yue, 21-11, 21-12 pada perlawanan kedua.

Apa yang pasti, ketahanan fizikal yang dimilliki pemain berusia 30 tahun itu memang dikagumi, apabila menang kesemua perlawanan kumpulan melalui ‘permainan terus’.

Carolina yang menduduki takhta nombor satu dunia pada 2015 akan berdepan Tai Tzu Ying pada separuh akhir, selepas pemain Taiwan itu muncul naib juara Kumpulan A.

Saingan Kumpulan A diunggulli pemain nombor satu dunia dari Korea Selatan, An Se Young.

Loading...
Terkini