comscore
Tumpuan :
Sukan

Chelsea bedil Everton 6-0, Palmer ledak 4 gol

Pemain Chelsea, Cole Palmer (tengah) meraikan gol jaringannya ketika menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London. FOTO: Reuters

LONDON: Cole Palmer meledak empat gol untuk meletakkan Chelsea semakin hampir kepada kelompok enam teratas Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 6-0 ke atas Everton.

Pemain England itu kini menyamai jumlah jaringan penyerang Manchester City, Erling Haaland di puncak senarai penjaring terbanyak liga pada 20 gol untuk bersaing merebut Kasut Emas Liga Perdana Inggeris.

Palmer melengkapkan hatrik dalam tempoh 30 minit sebelum Nicolas Jackson menambah jaringan di akhir babak pertama.

Nicholas Jackson (dua dari kanan) menjaringkan gol keempat Chelsea ketika menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London. – FOTO: Reuters

Bagaimanapun aksi cemerlang Palmer dibayangi insiden Jackson dan Noni Madueke dihalang daripada mengambil sepakan penalti untuk membolehkan Palmer menjaringkan gol keempatnya.

Pemain lulusan akademi, Alfie Gilchrist hanya dimasukkan beberapa saat sebelum dia meledak gol keenam Chelsea.

“Kita tidak boleh bersikap begini. Saya beritahu mereka ini adalah kali terakhir saya akan menerima tingkah laku begini,” kata pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino.

Selepas lapan perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Chelsea kekal di tangga kesembilan dan hanya tiga mata di belakang Newcastle yang bermain lebih satu perlawanan.

Mereka akan bertemu Manchester City pada aksi separuh akhir Piala FA pada Sabtu dalam usaha menghalang juara bertahan itu daripada misi mempertahankan kejuaraan treble.

Kekalahan itu meletakkan Everton kekal dua mata di atas zon penyingkiran. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini