comscore
Tumpuan :
Sukan

Chelsea berduka, Man Utd bergembira

Pemain Wolverhampton Wanderers, Matheus Cunha meraikan jaringan ketiga pasukannya ketika menentang Chelsea. FOTO: Reuters

LONDON: Jaringan hatrik Matheus Cunha mendedahkan lagi kerapuhan pertahanan Chelsea selepas Wolverhampton Wanderers bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan 4-2 di Stamford Bridge.

Chelsea yang tewas 4-1 di tangan Liverpool pertengahan minggu, mendahului perlawanan pada minit ke-20 menerusi jaringan Cole Palmer.

Namun selang dua minit kemudian, Joao Gomes berjaya membuat hantaran kepada rakan senegaranya dari Brazil, Cunha yang selepas itu menemui jaringan penyamaan.

Jaringan kedua Wolves hadir sebelum rehat babak pertama menerusi gol sendiri Axel Disasi.

Cunha meletak Wolves terus selesa dengan 3-1 pada babak kedua sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-82.

Pemain dari Brazil, Thiago Silva menjaringkan gol saguhati pada minit ke-86 di saat penyokong tuan rumah mula meninggalkan stadium.

Penyerang Man Utd, Rasmus Hojlund meraikan jaringannya bersama Alejandro Garnacho.- FOTO: Reuters

Sementara itu di Manchester, Alejandro Garnacho meledak dua gol selepas Rasmus Hojlund menceriakan sambutan hari lahirnya yang ke-21 dengan jaringan bagi membolehkan Manchester United menewaskan West Ham United 3-0.

Keputusan itu membolehkan Man United berada satu anak tangga di atas pasukan pelawat, berada di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris.

Mengekalkan momentum kemenangan 4-3 ke atas Wolverhampton Wanderers pada Khamis lalu, pasukan kendalian Erik ten Hag kini sudah mengumpul 38 mata selepas 23 perlawanan, ketinggalan lapan mata daripada penghuni tangga keempat carta.

Pasukan The Hammers pula berada di kedudukan ketujuh dengan 36 mata.

Hojlund meledak jaringan pada minit ke-23 sekali gus muncul selaku pemain termuda dalam sejarah pasukan di Old Trafford yang meledak gol secara berturut-turut dalam empat saingan Liga Perdana Inggeris .

Garnacho menambah kegembiran pasukan pada minit ke-49 sebelum meledak gol keduanya dalam perlawanan berkenaan pada minit ke-84. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini