comscore
Tumpuan :
Sukan

Chelsea tawar RM554.21 juta untuk Fernandez

Fernandez bersama trofi Pemain Muda Terbaik di Piala Dunia Qatar 2022. – FOTO: Reuters

LONDON: Chelsea menawarkan £105.6 juta (RM554.21 juta) kepada Benfica untuk mendapatkan pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez yang bakal menjadikannya sebagai rekod perpindahan Britain.

Setakat, tiada petunjuk sama ada tawaran Blues itu yang dijangka turut membabitkan ansuran, akan diterima.

Tetapi, jika rundingan itu menjadi kenyataan, ia akan memintas jumlah £100 juta (RM5.25 juta) yang dibayar Manchester City kepada Aston Villa untuk Jack Grealish pada 2021.

Fernandez dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik ketika Argentina memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar.

Benfica sebelum ini mendakwa Chelsea cuba mengganggu pemain tengah itu dan pengurus kelab Portugal itu, Roger Schmidt mengesahkan pemburuannya ‘ditutup’.

Bagaimanapun, tidak dinafikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan membuat tawaran baru tanpa memberi petunjuk sama ada ia diterima atau sebaliknya.

Fernandez menyertai Benfica dari kelab Argentina, River Plate pada Ogos lalu dengan yuran £10 juta (RM52.48 juta) dan menjaringkan empat gol dalam 29 penampilan di Primeira Liga.

Dia menjaringkan satu gol di Piala Dunia iaitu gol kedua Argentina ketika menang 2-0 ke atas Mexico di peringkat kumpulan.

Setakat ini, Chelsea sudah menandatangani Noni Madueke, Mykhailo Mudryk, David Datro Fofana, Andrey Santos, Benoit Badiashile dan Malo Gusto secara tetap pada Januari manakala Joao Felix dipinjam dari Atletico Madrid. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini