comscore
Tumpuan :
Sukan

Chelsea tewaskan Bournemouth 1-0

FOTO: Reuters

BOURNEMOUTH: Chelsea dipaksa bermandi peluh sebelum berjaya mendapatkan gol kemenangan hasil ledakan tonggak gantian Christopher Nkunku untuk menewaskan Bournemouth 1-0.

Begitupun, aksi yang berlangsung di Stadium Vitality menyaksikan ‘pesta’ kad berlaku apabila sebanyak 14 kad kuning dilayangkan sekali gus melakar rekod baharu di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam aksi itu, Chelsea mengawal aksi dari awal permainan dan mereka hampir mencetak gol namun beberapa percubaan dinafikan tiang gol.

Paling mengecewakan sepakan penalti Evanilson berjaya dihalang Robert Sanchez untuk mengakhiri babak pertama tanpa jaringan.

Bersambung separuh masa kedua, aksi bertambah rancak namun kedua-dua pasukan masih buntu memecah kebuntuan.

Akhirnya Nkunku yang masuk selaku pemain gantian meledak gol tunggal pada minit 86 untuk memastikan The Blues menang tipis di tempat lawan.

Jadon Sancho juga membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian di babak kedua dan pemain yang dipinjam dari Manchester United itu membantu jaringan Nkunku. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini