comscore
Tumpuan :
Sukan

China kuasai Kejohanan Badminton Asia

Aaron-Wooi Yik menentang Sze Fei-Nur Izzuddin pada separuh akhir Kejohanan Badminton Asia malam ini dan berpeluang memecah monopoli tuan rumah pada aksi final. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: China memanfaatkan sepenuhnya kelebihan di tempat sendiri pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila menguasai aksi separuh akhir yang bermula hari ini.

Gelaran perseorangan wanita sudah berada dalam genggaman apabila empat pemainnya bertemu sesama sendiri pada aksi separuh akhir apabila He Bing Jiao bertemu Wang Zhi Yi manakala Han Yue menentang Chen Yu Fei.

Kategori beregu campuran juga menyaksikan China mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping menentang rakan senegara Jiang Zhen Bang -Wei Ya Xin.

Tiga lagi kategori perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu wanita juga turut menampilkan penguasaan China apabila beberapa pemainnya akan beraksi.

Antara yang mungkin bertemu sendiri pada aksi final ialah Shi Yu Qi dan Li Shi Feng.

Pada separuh akhir malam ini Yu Qi yang diletakkan pilihan pertama menentang pemain Indonesia Jonatan Christie manakala Li Shi Feng berdepan pemain Jepun, Kodai Naraoka.

Apapun Malaysia juga sudah mengesahkan satu slot ke final menerusi beregu lelaki apabila Aaron Chia- Soh Wooi Yik bertemun Goh Sze Fei-Nur Izzuddin pada separuh akhir.

Cuma, siapa yang akan meneruskan kemaraan bakal berdepan  halangan sukar apabila dijangka menentang pilihan ketiga juga beregu tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini