comscore
Tumpuan :
Sukan

City rampas kedudukan teratas daripada Arsenal

FOTO : REUTERS

LONDON: Manchester City berjaya merampas kedudukan teratas daripada Arsenal buat kali pertama sejak November selepas menewaskan The Gunners 3-1 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Arsenal masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding City, namun skuad kendalian Mikel Arteta hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan terakhir.

Kevin De Bruyne memanfaatkan kesilapan Takehiro Tomiyasu untuk meletakkan City di depan tetapi Arsenal menyamakan kedudukan menerusi penalti Bukayo Saka.

Bersambung selepas rehat, Jack Grealish meledak gol kedua City sebelum Erling Haaland menyempurnakan hantaran lintang De Bruyne untuk mengesahkan kemenangan.

“Saya sangat gembira. Kami perlukan ini (kemenangan) dan kami perlu mengekalkan rentak kerana itulah apa yang City lakukan.

“Mereka (Arsenal) adalah pasukan terbaik musim ini, jadi untuk datang ke tempat mereka dan menentang mereka bukanlah mudah dan kami dapat tiga mata penting,” kata Haaland.

Pep Guardiola menyifatkan persembahan babak pertama pasukannya “menggerunkan” tetapi memuji reaksi mereka selepas rehat.

“Mereka masih ada satu perlawanan dalam tangan dan saya masih memikirkan bahawa mereka adalah pendahulu tetapi kami mungkin boleh lapan, sembilan atau 10 mata di belakang dua minggu lalu dan kini kami di sana.

“Pada babak pertama mereka jauh lebih bagus daripada kami tetapi babak kedua kami lebih baik. Pada babak pertama kami tidak bermain, hanya bertahan kerana mereka sangat bagus.

“Tetapi kami perlu lebih aktif dan babak kedua kami cemerlang,” jelas Guardiola.

Loading...
Terkini