comscore
Tumpuan :
Sukan

City teruskan misi pertahan kejuaraan

Erling Haaland ledak gol ketiga City membantu kelabnya menewaskan FC Copenhagen 3-1 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. – FOTO: Reuters

MANCHESTER: Juara bertahan Manchester City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 6-2 selepas menewaskan FC Copenhagen 3-1 dalam aksi kedua peringkat 16 awal pagi tadi.

City yang memulakan perlawanan dengan kelebihan dua gol melebarkan kedudukan dengan meledak kesemua jaringan pada babak pertama menerusi Manuel Akanji, Julian Alvarez dan Erling Haaland.

Akanji membuka tirai jaringan menerusi peluang pertama City selepas meledak voli hantaran sepakan sudut Alvarez pada minit kelima.

“Saya melihat bola itu datang dan cukup sempurna untuk kaki saya,” kata Akanji kepada TNT.

“Saya sangat gembira dengannya. Ia sasaran kami untuk menjaringkan gol awal dan dua gol awal pada babak pertama menjadikan tugas lebih mudah buat kami. Kami berusaha melakukan yang terbaik dan berjaya dilakukan.”

Alvarez menjaringkan gol kedua empat minit kemudian hasil kesilapan penjaga gol lawan Kamil Grabara.

Mohamed Elyounoussi merapatkan kedudukan untuk juara Denmark pada minit ke-29 tetapi penyerang berbisa City Haaland merembat gol ketiga sejurus sebelum rehat untuk jaringan ke-29nya musim ini dalam semua kejohanan.

City mara ke suku akhir untuk kali ketujuh berturut-turut dan pada aksi kali ini Pep Guardiola melakukan tujuh pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Manchester United 3-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris  menyaksikan Kevin De Bruyne atau Phil Foden tidak diturunkan.

Haaland juga dikeluarkan pada lewat permainan bagi membolehkan pemain gantian berusia 18 tahun Jacob Wright beraksi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini