comscore
Tumpuan :
Sukan

Coe antara 7 calon rebut jawatan Presiden IOC

Coe dianggap calon pilihan bagi menggalas tugas selaku Presiden IOC. – FOTO: Reuters

LAUSANNE: Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe dilihat sebagai calon paling terkenal daripada tujuh calon yang mengumumkan hasrat untuk menggantikan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach.

Coe dijangka berdepan saingan sengit daripada beberapa calon lain termasuk Kirsty Coventry yang bercita-cita menjadi wanita dan wakil Afrika pertama yang menerajui IOC selain Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), David Lappartient.

Pemilihan akan diadakan semasa sesi IOC di Athens, yang berlangsung dari 18 hingga 21 Mac tahun depan.

Bach, 70, ketika Sukan Olimpik Paris 2024 mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya selepas berkhidmat selama 12 tahun.

Empat calon lain termasuk dua dari Asia – benua yang belum pernah mempunyai presiden IOC – Putera Faisal Al-Hussein dari Jordan dan Presiden Persekutuan Gimnastik Antarabangsa, Morinari Watanabe.

Seorang lagi calon adalah penyandang jawatan naib presiden, Juan Antonio Samaranch Junior.

“Calon akan membentangkan program mereka secara tertutup kepada seluruh anggota IOC dalam satu mesyuarat yang akan diadakan di Lausanne (Switzerland) pada Januari 2025,” kata kenyataan ringkas IOC. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini