comscore
Tumpuan :
Sukan

COPA AMERICA 2024: Argentina tewaskan Peru tanpa Messi

Pemain Argentina, Lautaro Martinez (dua dari kiri) menjaringkan gol kedua ketika menentang Peru dalam Kumpulan A saingan Copa America 2024. – FOTO: Reuters

MIAMI: Lautaro Martinez meledak dua gol pada babak kedua untuk membantu Argentina menewaskan Peru 2-0 dalam aksi Copa America, sebentar tadi dan menduduki tempat teratas Kumpulan A.

Argentina sudah layak ke suku akhir sebelum perlawanan itu susulan kemenangan ke atas Kanada dan Chile yang berada dalam kumpulan sama.

Situasi berkenaan membolehkan juara bertahan itu merehatkan pemain utama termasuk kapten Lionel Messi, namun walaupun melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama, Argentina tiada masalah untuk mengatasi lawan mereka.

Martinez menyudahkan gerakan menarik pada minit ke-47 apabila tenang memperdaya penjaga gol Peru, Pedro Gallese dengan sepakan lambung dan mengulangi teknik sama ketika meledak jaringan kedua pada minit ke-86.

Argentina mendapat peluang keemasan untuk melebarkan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti susulan bola terkena tangan pada minit ke-72, namun gagal disempurnakan Leandro Paredes.

Mereka akan melangkah ke pusingan kalah mati bersama naib juara Kumpulan A, Kanada yang mara ke peringkat lapan terakhir selepas terikat tanpa jaringan dengan Chile. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini