comscore
Tumpuan :
Sukan

Costa Rica enggan pulang awal

Bryan Ruiz antara watak penting Costa Rica pada saingan Piala Dunia 2022. – FOTO: REUTERS

Oleh Fariz Zolkarnain

DOHA: Sekalipun diletakkan dalam kumpulan sukar, Costa Rica enggan dilabel sebagai pasukan pelengkap jadual pada saingan Piala Dunia Qatar 2022.

Ketua pasukannya, Bryan Ruiz percaya dia dan rakan sepasukannya mampu mencipta kejutan pada edisi ke-22 kali ini.

Malah kemampuan Ruiz di jentera tengah tidak boleh disangkal lagi sekalipun sudah mencecah usia 37 tahun.

“Kami sudah tidak sabar lagi untuk memulakan perlawanan. Dengan segala keinginan, kami sudah bersedia untuk menentang Sepanyol pada aksi pertama.

“Kami boleh mengejutkan mana-mana pasukan dalam peringkat kumpulan dan kami akan cuba pergi sejauh mungkin,” jelas Ruiz yang pernah menyarung jersi Fulham dari 2011 hingga 2015.

Costa Rica yang muncul pasukan terakhir layak ke Piala Dunia Qatar diundi dalam kumpulan E bersama Sepanyol, Jerman dan Jepun.

Pencapaian terbaik Costa Rica di pentas Piala Dunia adalah pada 2014 apabila mara ke suku akhir.

Loading...
Terkini