comscore
Tumpuan :
Sukan

Croatia garang tewaskan Kanada

FOTO: REUTERS

Oleh: Hazreen Mubarak

DOHA: Croatia bangkit daripada ketinggalan sebelum tewaskan Kanada yang kembali membuat penampilan di Piala Dunia selepas 36 tahun tidak menyertainya.

Naib juara 2018 itu meraih dua gol daripada Andrej Kramaric untuk melakar kemenangan 4-1 ke atas pasukan Kanada yang sudah tersingkir daripada kejohanan selepas dua perlawanan di Qatar.

Ketinggalan seawal minit kedua hasil jaringan Alphonso Davies, Croatia menyamakan kedudukan menerusi Andrej Kramaric pada minit ke-36.

Berselang lapan minit kemudian, giliran Croatia mendahului Kanada hasil jaringan Marko Livaja.

Kramaric terus membuktikan ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol ketiga minit ke-70 sebelum pemain gantian Lovro Majer memastikan tiga mata penuh buat Croatia dengan gol keempat pada masa kecederaan babak kedua.

Loading...
Terkini