Tumpuan :
Sukan

Cuaca hujan lebat, tandukan Harith Haiqal tembusi gawang Laos

Foto: Facebook Football Association of Malaysia

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BANGKOK: Perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan Malaysia dan Laos yang berlangsung malam ini menyaksikan skuad negara sedang mendahului 1-0.

Dimainkan dalam keadaan padang yang diakungi air akibat cuaca hujan lebat di Port Authority of Thailand (PAT), barisan Pau Marti Vicente itu memperoleh jaringan seawal minit ke enam hasil tandukan Harith Haiqal Adam Afkar berpunca dari sepakan penjuru.

Ia merupakan pertembungan ke empat kedua-dua pasukan sejak 2018 dengan Malaysia menang kesemua tiga pertemuan sebelum ini.

Selepas melawan Laos, skuad negara dijadual berdepan India di Hyderabad dalam aksi antarabangsa kedua Isnin ini.

Loading...
Terkini