
PETALING JAYA: Cabaran tunggal Malaysia pada saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Jepun 2023 di Kumamoto, diteruskan beregu lelaki Ong Yew Sin – Teo Ee Yi.
Pada suku akhir sebentar tadi Yew Sin – Ee Yi yang tampil selaku pilihan ke-8 mengalahkan pasangan Taiwan Lee Fang Chih – Lee Fang Jen 21-19, 21-16.
Separuh akhir esok, mereka akan berdepan pilihan ke-7 dari China, Liu Yu Chen – Ou Xuan Yi .
Tiga lagi wakil negara yang beraksi pada suku akhir hari ini, gagal meneruskan kemaraan.
Beregu campuran Chen Tang Jie – Toh Ee Wei akur kepada pilihan pertama dari China, Zheng Si Wei – Huang Ya Qiong dengan kekalahan 14-21, 14-21.
Nasib sama dialami buat satu lagi beregu campuran Tan Kian Meng – Lai Pei Jing, apabila tumpas kepada pasangan tuan rumah, Yuta Watanabe-Arisa Higashino juga pilihan kedua, 15-21, 16-21
Manakala beregu wanita, Pearly Tan – M Thinaah, turut tewas kepada pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto 21-13 21-18