comscore
Tumpuan :
Sukan

Dani Alves dipenjara

FOTO: NSTP

BARCELONA: Mahkamah di Sepanyol hari ini memerintahkan pertahanan Brazil, Dani Alves ditahan tanpa jaminan selepas ditangkap di Barcelona kerana dakwaan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Hakim di Barcelona mengambil tindakan berkenaan selepas menyoal pemain berusia 39 tahun itu.

Sumber rapat berkata hakim mengambil tindakan itu kerana mahkamah mengambil kira ada risiko Alves akan cuba melarikan diri.

Kelabnya di Mexico, Pumas mengumumkan mereka menamatkan kontrak pemain itu beberapa jam kemudian.

Alves, seorang daripada pemain paling berjaya dalam bola sepak, ditahan awal pagi ini selepas dipanggil ke balai polis di Barcelona dan dihantar untuk berdepan hakim.

Polis Catalonia berkata mereka menerima laporan pada 2 Januari lalu daripada seorang wanita yang mendakwa Alves melakukan serangan seksual di sebuah kelab malam.

Dakwaan serangan seksual di Sepanyol membabitkan apa-apa sahaja daripada meraba-raba hinggalah merogol.

Ketika polis enggan memberi keterangan lanjut berkaitan kes itu, sumber rapat memberitahu Alves didakwa melakukan rogol.

Loading...
Terkini