comscore
Tumpuan :
Sukan

Dia positif, saya yakin Faisal mampu pulih – Hannah

SHAH ALAM: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh gembira melihat reaksi Faisal Halim ketika melawat pemain bola sepak kebangsaan itu di hospital, di sini, hari ini.

Hannah berkata, Faisal memberikan reaksi positif walaupun terlantar di atas katil sambil menyifatkan renungan mata pemain berusia 26 tahun itu masih sama seperti sebelum ini.

“Kami amat gembira dan saya yakin dia akan dapat layanan dan jalani pemulihan terbaik di sini.

“Sudah tentu sedih melihat keadaan dia. Renungan mata dia sama, walaupun dia terlantar atas katil, tetapi mata dia menunjukkan dia positif.

“Setiap kali kita senyum tunjukkan tanda hati kepadanya, dia balas dengan positif dan saya yakin (Faisal mampu pulih),” katanya.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali menggunakan asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Ahad lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini