comscore
Tumpuan :
Sukan

Digantikan dalam perlawanan Richarlison menangis, ingin jumpa pakar psikologi

Penyerang Brazil, Richarlison menjaringkan satu gol yang kemudiannya dibatalkan oleh VAR ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Amerika Selatan menentang Peru di Stadium Nacional, Lima kelmarin. – FOTO: REUTERS

LONDON: Penyerang Tottenham Hotspur, Richarlison berkata dia akan bertemu pakar psikologi sekembalinya ke England selepas menitiskan air mata apabila digantikan ketika Brazil membelasah Bolivia 5-1 Jumaat lalu.

Pemain Brazil berusia 26 tahun itu dilihat menangis di bangku simpanan selepas dikeluarkan pada minit ke-71 pada aksi kelayakan Piala Dunia di Belem.

Richarlison yang hanya menjaringkan empat gol dalam 40 perlawanan bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, memberitahu akhbar Brazil, O Globo dia mengharungi masa yang sukar di luar padang dalam tempoh lima bulan lalu tetapi kini semuanya berakhir.

“Kini semuanya baik di rumah. Orang yang hanya mahukan duit saya sudah berlalu pergi,” jelasnya.

“Kini semuanya akan berjalan lancar dan saya pasti boleh bertindak baik di Tottenham.

“Saya akan kembali ke England dan mendapatkan bantuan priskologi, daripada seorang pakar psikologi untuk memulihkan minda saya. Benar, saya perlu kembali dengan kuat.”

Tottenham, di bawah pengurus baharu Ange Postecoglou, kini di tangga kedua EPL.

Warga Australia itu bulan lalu menyokong Richarlison, yang menyertai mereka dari Everton tahun lalu untuk mencetak gol secara regular sekalipun pemain itu masih bergelut di depan pintu gol. – REUTERS

Loading...
Terkini