comscore
Tumpuan :
Sukan

Dua gol Alvarez bantu City

Foto: Reuters

MANCHESTER: Julian Alvarez meledak dua gol untuk Manchester City sekaligus membantu City menang 3-1 ke atas Burnley.

Alvarez menemui sasaran di babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad itu untuk melebarkan jaringannya kepada 15 gol dalam semua pertandingan musim ini, termasuk tujuh gol dalam tujuh penampilan terakhir.

Rodri meledak gol ketiga City sejurus selepas rehat. Burnley memperoleh gol tunggal hasil jaringan masa kecederaan Ameen Al Dakhil.

Kemenangan kelapan berturut-turut City itu membolehkan mereka terus mengekori rapat pendahulu liga, Liverpool yang mempunyai kelebihan lima mata tetapi bermain lebih satu perlawanan.

Pengendali City, Pep Guardiola juga boleh menarik nafas lega apabila Erling Haaland masuk sebagai pemain gantian untuk tempoh 20 minit terakhir permainan.

Kecederaan kaki penyerang Norway itu sejak 6 Disember menyaksikan Alvarez, meneruskan ketajaman City di depan gawang dalam usaha juara treble itu mengekalkan kejuaraan musim ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini