comscore
Tumpuan :
Sukan

Dua gol Ronaldo layakkan Portugal ke Euro 2024

Cristiano Ronaldo. – FOTO Agensi

PORTO : Dua jaringan daripada penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo membantu negaranya layak ke Euro 2024 selepas menang tipis 3-2 ke atas Slovakia, awal pagi tadi.

Ketua pasukan Portugal itu menyempurnakan penalti pada babak pertama sebelum menambah gol kedua selepas rehat untuk menghadiahkan kemenangan ketujuh dalam Kumpulan J itu.

Dalam aksi itu, tuan rumah bermula baik apabila Goncalo Ramos menanduk masuk hantaran lintang Bruno Fernandes pada minit kelapan, menewaskan Martin Dubravka di gawang Slovakia.

Pada minit ke-29, bola terkena tangan Denis Vavro dan VAR mengesahkan penalti untuk Portugal yang diambil Ronaldo.

Ronaldo menyempurnakan jaringan peribadi ke-124 di peringkat antarabangsa.

Pemain Portugal Goncalo Ramos meraikan jaringan ketika aksi kelayakan Kumpulan J Euro 2024 menentang Slovakia di Stadium Dragao, Porto. – Foto REUTERS

Pelawat kemudian bangkit merapatkan jurang pada minit ke-69 apabila percubaan David Hancko terkena Antonio Silva dan membolosi gawang Portugal.

Tiga minit kemudian, Ronaldo menambah jaringan selepas menolak masuk hantaran Fernandes untuk gol ke-125 bersama Portugal dan 10 minit sebelum tamat permainan, Stanislav Lobotka menjaringkan gol kedua Slovakia.

Portugal kini mengumpul 21 mata untuk mengesahkan kedudukan dua teratas.

Loading...
Terkini