comscore
Tumpuan :
Sukan

Dua pelumba negara pada aksi separuh akhir Kejohanan Berbasikal Trek Asia esok

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, meneruskan cabaran negara  pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India, apabila mara ke separuh akhir acara pecut.

Pada saingan suku akhir hari ini, Muhammad Shah mempamerkan kayuhan bertenaga apabila mudah mengatasi pelumba China Liu Kuan dengan keputusan 2-0.

Nurul Izzah juga berada dalam prestasi  terbaiknya apabila menewaskan Ratu Afifah Nur Indah dari Indonesia 2-0, pada satu lagi  perlumbaan suku akhir hari ini.

 

Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan pertarungan sesama sendiri pelumba negara tidak kesampaian apabila adik Muhammad Shah tewas 2-0 di tangan pelumba China, Li Zhiwei.

Manakala  Nurul Aliana Syafika Azizan turut akur kepada seorang lagi pelumba China, Tong Mengqi

Bermakna pada aksi separuh akhir esok Muhammad Shah akan berdepan Zhiwei dan Nurul Izzah bertemu Mengqi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini