comscore
Tumpuan :
Sukan

Dua penolong jurulatih KUFC timba ilmu di Eropah

Penolong jurulatih Kelantan United FC, Nazrulerwan Makmor dan Tengku Hazman bertolak ke Eropah – FOTO FACEBOOK KELANTAN UNITED FC

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

KUALA LUMPUR: Kelantan United FC optimis mahu mempersiapkan pasukan yang mantap menjelang Liga Malaysia dengan menghantar dua penolong jurulatih menimba ilmu di Eropah.

Tengku Hazman Raja Hassan dan Nazrulerwan Makmor akan berkelana ke Hungary dan Croatia selama tiga minggu untuk mendapatkan lesen kejurulatihan Diploma Pro AFC.

Pengalaman dan pengetahuan yang ditimba sudah pasti akan diterjemahkan untuk membantu jurulatih, Tomas Trucha merangka taktikal ampuh bagi mengharungi aksi Liga Super musim 2023.

“Mereka bertolak ke Eropah malam tadi (Ahad) dan dijangka berada di Crotia serta Hungary selama tiga minggu.

“Ia sebahagian daripada rangka tugasan mereka untuk mendapatkan lesen kejurulatihan Diploma Pro AFC,” ujar Kelantan United dalam perkongsian di Facebook semalam.

Tengku Hazman dan Nazrulerwan dijangka pulang ke tanah air pada 25 Februari ini.

Loading...
Terkini