comscore
Tumpuan :
Sukan

‘Dugro’ umum persaraan

 

K.Dinesvaran. FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Selepas beraksi lebih 16 tahun, pemain rabgi negara K.Dinesvaran atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Dugro’ mengumumkan persaraannya hari ini.

Dinesvaran, 36, bagaimanapun tetap bertekad untuk membantu pembangunan ragbi di Malaysia meskipun selepas ini dia akan menceburi bidang perniagaan.

“Saya mahu umumkan persaraan saya daripada bermain kejohanan ragbi professional dan peringkat antarabangsa, saya sudah kembali ke malaysia dan memulakan perniagaan sendiri, memberi fokus kepada kejurulatihan, maksud saya lebih kepada acara ragbi dan kem ragbi, saya mahu berkongsi pengalaman saya bersama pemain-pemain muda,” kata Dinesvaran.

Dinesvaran yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, memulakan karier bersama Kelab Bukit Mertajam Rhinos pada 2007 sebelum berhijrah mewakili Cobra R-C.

Bakatnya mula menarik perhatian dan pada 2007, dia membuat penampilan sulung mewakili skuad bawah 20 tahun Malaysia pada saingan Asian Rugby Football Union.

Tiga tahun kemudian dia menyarung jersi skuad senior negara dan, turut beraksi dalam kejohanan ragbi asia sehingga edisi 2022.

Di peringkat kelab, dia berjaya beraksi di Jepun  menyertai pasukan liga utama, Yamaha Jubilo,sebelum menyertai satu lagi kelab Jepun, Hino Red Dolphins pada 2019.

Pada 2023, Dugro ditawarkan kontrak untuk bermain dalam ‘Major League Rugby’ di Amerika Syarikat bersama Chicago Hounds dan menjadi pemain pertama Malaysia  beraksi di sana.

Loading...
Terkini