comscore
Tumpuan :
Sukan

Ee Wei terpaksa terima jahitan, terlepas Terbuka Finland dan Denmark

Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei. FOTO: NSTP

Oleh: Syakirah Zulkifly

KUALA LUMPUR: Beregu Campuran Negara, Chen Tang Jie -Toh Ee Wei bakal terlepas beberapa kejohanan termasuk Terbuka Artik Finland dan Terbuka Denmark susulan Ee Wei mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri dan belakangnya.

Kecederaan itu dialami apabila pemain berusia 24 tahun itu terjatuh pada hari Selasa lalu ketika menjalani sesi latihan di gimnasium di Akademi Badminton Malaysia (ABM), mengakibatkan luka di tangan kirinya yang perlu dijahit.

“Ee Wei memerlukan beberapa jahitan dan tidak dapat beraksi dalam beberapa kejohanan akan datang. Yang penting dia baik-baik sahaja, dan kami menjangkakan dia akan pulih dalam beberapa minggu,” kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky.

“Keadaannya sedang dipantau rapi oleh pasukan perubatan, dan kami akan memberikan maklumat terkini mengenai perkembangannya dalam masa terdekat.”

Tambahnya, barisan kejurulatihan dan pemain akan sentiasa mendoakan agar Ee Wei cepat sembuh selain tidak sabar menantikan dia kembali ke gelanggang secepatnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini