Tumpuan :
Sukan

Emas pertama Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia disumbang Adania

Foto: Bowling Malaysia / Facebook

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya merangkul emas pertama pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-22 apabila Adania Mohd Rezwan menungguli acara individu wanita di Singapura, hari ini.

Kejayaan Malaysia hadir di pusat boling Rifle Range selepas Adania mengumpul 1,327 jatuhan pin selepas aksi enam perlawanan untuk mengatasi pencabar terdekat dari Australia, Emily Hart yang terpaksa berpuas hati dengan  membawa pulang pingat perak dengan meraih keseluruhan 1.243 jatuhan pin.

Menurut keputusan di laman web Persekutuan Boling Asia, pingat gangsa menjadi seorang lagi peserta negara, Lavina Kho dengan jumlah kutipan 1,223 jatuhan pin manakala Nurul Anis Nabila dan Nur Jeehan Iezzaty Suffian masing-masing di tangga ketujuh dan kelapan dengan 1,185 dan 1,182 jatuhan pin.

Sementara itu, peserta tuan rumah, Aiman Lim menungguli acara individu lelaki dengan catatan 1,373 jatuhan pin manakala pingat perak dan gangsa, masing-masing menjadi milik peserta Qatar, Bader Al Sada (1,366) dan wakil Jepun, Daiya Saito (1,297). – BERNAMA

Loading...
Terkini