comscore
Tumpuan :
Sukan

Empat beregu lelaki ke pusingan kedua Badminton Terbuka Australia

Choong Hon Jian-Haikal Nazri mudah atasi beregu tuan rumah Jordan Yang-Frederick Zhao 21-9 21-11 pada pusingan pertama Badminton Terbuka Australia. – FOTO: BAM

PETALING JAYA: Empat beregu lelaki negara yang diletakkan selaku pasangan pilihan menepati ramalan apabila mudah melangkah ke pusingan kedua Badminton Terbuka Australia di Sydney hari ini.

Memulakan kemaraan, gandingan Choong Hon Jian-Haikal Nazri yang tampil selaku pilihan ke-3.

Mereka tidak berdepan masalah menewaskan beregu tuan rumah, Jordan Yang-Frederick Zhao 21-9  21-11 dalam tempoh 25 minit.

Sejurus kemudian gandingan Arif Junaidi-Yap Roy King pilihan ke-4 menuruti jejak mereka mengatasi satu lagi pasangan tuan rumah Hin Lam Chin-Zi Quang Fu 21-8 21-7 cuma dalam masa 20 minit.

Choong Hon Jian-Haikal Nazri mudah atasi beregu tuan rumah Jordan Yang-Frederick Zhao 21-9 21-11 pada pusingan pertama Badminton Terbuka Australia. – FOTO: BAM

Barisan beregu Australia terus  gagal menandingi ketangkasan pasangan negara apabila dua lagi gandingan mereka tersingkir pada pusingan pertama.

Aaron Tai-Kang Khai Xing yang tampil pilihan ke-7 juga tidak berdepan masalah menundukkan  Brendan Wang-Jordan Wang 21-10 21-9.

Manakala Azryin Ayub-Tan Wee Kiong (5) mengalahkan Timotius Elbert-Huaidong Tang 21-11 21-16.

Badminton Terbuka Australia Super 500 menawarkan wang tunai keseluruhan USD 420,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini