Tumpuan :
Sukan

Empat beregu teruskan cabaran Malaysia di Kumamoto

Aaron – Wooi Yik pilihan ke-4 tersingkir, dikejutkan beregu bukan piihan tuan rumah,  Akira Koga-Taichi Saito.- Foto: BAM

PETALING JAYA: Daripada tujuh wakil negara yang bersaing pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Jepun di Kumamoto hari ini, empat berjaya meloloskan diri ke suku akhir.

Paling awal meneruskan kemaraan gandingan beregu campuran, Tan Kian Meng – Lai Pei Jing  yang mengejutkan pilihan ke-6 dari Korea Selatan, Kim Won Ho – Jeong Na Eun 21-14 21-17.

Halangan sukar menanti Kian Meng – Pei Jing pada suku akhir esok apabila menentang beregu tuan rumah, juga pilihan kedua kejohanan, Yuta Watanabe – Arisha Higashino.

Menyusul laluan Kian Meng – Pei Jing,  juga gandingan beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei yang mengatasi satu lagi pasangan negara,  Goh Soon Huat  -Shevon Lai 16-21 21-13 21-13

Tang Jie – Ee Wei juga berdepan tugasan getir pada suku akhir esok apabila menentang pilihan pertama dari China, Zheng Si Wei – Huang Ya Qiong.

Turut melangkah ke suku akhir, beregu wanita Pearly Tan – M Thinaah yang akan menentang gandingan Jepun,  Rena Miyaura – Ayako Sakuramoto.

Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya menentang Republik Kyrgyz pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 9 malam ini- FAM



Pada pusingan kedua hari ini, Pearly dan Thinaah turut mengalahkan wakil tuan rumah, Rui Hirokami – Yuna Kato  21-17 21-16.

Melengkapkan cabaran Malaysia ke suku akhir esok, beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Mereka akan menentang beregu Taiwan, Lee Fang Chih – Lee Fang Jen, selepas menyingkirkan lawan dari Thailand,  Pharanyu Kaosamaang – Worrapol Thongsa Nga 14-21 21-15 21-15 pada pusingan kedua.

Bagaimana tiada kelibat beregu utama, Aaron Chia – Soh Wooi Yik yang diletakkan pilihan ke-4, setelah dikejutkan pasangan tuan rumah,  Akira Koga-Taichi Saito 18-21, 16-21.

Loading...
Terkini