comscore
Tumpuan :
Sukan

England berlatih penalti tanpa penjaga gol

Pemain England sedang menjalani latihan di Stadium Al Wakrah SC dekat Al Wakrah, Qatar. – REUTERS

LONDON: England menjalani latihan sepakan penalti tanpa penjaga gol dalam usaha mengelak berakhir dengan kekecewaan.

Jurulatih The Three Lions, Gareth Southgate tidak mahu barisan pemain bintangnya hilang keyakinan disebabkan penjaga gol pasukan itu berjaya menggagalkan sepakan mereka.

Justeru, anak buah Southgate yang tewas pada penentuan penalti ketika final Euro 2020 di tangan Itali berlatih melakukan sepakan dengan pemain diarahkan menjadikan penjuru gawang sebagai sasaran mereka.

“Ia boleh menjejaskan mental pemain jika mereka berdepan penjaga gol kerana kami sudah tahu ke mana arah bola akan pergi.Ads by

“Jika saya tahu ke mana arah bola akan pergi sebanyak tujuh daripada sepuluh sepakan yang diambil dan saya mula menipu dan pergi lebih awal dan mula menyelamatkan mereka, anda mungkin mula bimbang tentangnya.

“Kami ada cara latihan yang mana sepakan diambil secara terbuka dan pemain perlu menjadikan penjuru gawang sebagai sasaran mereka.

“Semua orang boleh mengambil penalti, cuma malangnya sukar untuk kami tidak mengawal tekanan ketika perlawanan sebenar,” kata penjaga gol England berusia 24 tahun, Aaron Ramsdale.

Usaha Southgate untuk memastikan anak buahnya dapat menyempurnakan sepakan penalti berjaya membantu pasukan mengatasi Colombia dalam aksi pusingan 16 terbaik pada kempen Piala Dunia empat tahun lalu.

Ia adalah kemenangan penentuan penalti pertama mereka di Piala Dunia selepas empat kali mengalami kegagalan.

Bagaimaanpun, rekod baik itu gagal bertahan lama selepas Jadon Sancho, Marcus Rashford dan Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan mereka ketika aksi final Euro menentang Itali 16 bulan lalu.

Keputusan itu menyaksikan England hanya memenangi dua daripada sembilan penentuan penalti di kejohanan utama — satu lagi kejayaan mereka adalah ketika menentang Sepanyol pada Euro 1996. – Agensi

Loading...
Terkini