Tumpuan :
Sukan

EPL: Gol Havertz bantu Arsenal duduki tangga kedua liga

LONDON: Arsenal melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hanya enam mata di belakang Liverpool selepas menewaskan Ipswich Town 1-0 di Stadium Emirates.

Jaringan babak pertama Kai Havertz, yang menyempurnakan umpanan Leandro Trossard, sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat skuad kendalian Mikel Arteta.

Beraksi tanpa Bukayo Saka yang cedera, Arsenal mengambil masa 19 minit untuk mencipta peluang pertama dan Havertz menjaringkan gol keenamnya musim ini dalam semua pertandingan empat minit kemudian.

Arsenal sepatutnya merakam kemenangan lebih besar namun beberapa peluang gagal disudahkan dengan baik.

Pertahanan, Gabriel Magalhaes terlepas peluang keemasan untuk menambah jaringan apabila tandukannya tersasar. Kapten Martin Odegaard juga menyaksikan rembatannya dari dalam kotak penalti tidak menemui sasaran. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini