
MANCHESTER: Manchester United mengharungi kekalahan mengaibkan 3-1 di laman sendiri kepada Brighton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Tuan rumah pula tidak dibantu oleh kesilapan memalukan penjaga gol Andre Onana.
Pasukan kendalian Ruben Amorim itu tersentak seawal minit ke-5 apabila pemain sayap lawan, Yankuba Minteh meledak gol pertama.
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti buat United menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk terikat 1-1 ketika rehat.
Kaoru Mitoma dan Georginio Rutter turut berada dalam senarai penjaring gol pada babak kedua buat Brighton, yang tidak terjejas apabila gol Joao Pedro dibatalkan oleh VAR kerana kekasaran.
Selepas Brighton mendahului kali kedua, Onana melakukan kesilapan susulan hantaran leret ke dalam kotak penalti, membolehkan Rutter menampan masuk bola muntah pada minit ke-76.
Brighton melonjak ke tangga kesembilan dengan 34 mata, empat mata berbanding kelompok empat teratas.
United pula merudum satu anak tangga ke tangga ke-13 dengan 26 mata daripada 22 perlawanan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.