Tumpuan :
Sukan

EPL: Liverpool gah dipersada liga dengan kelebihan 8 mata

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringan kedua pasukannya dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary’s di Southampton, England. – FOTO: Reuters

SOUTHAMPTON: Liverpool terus melebarkan kelebihan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada lapan mata selepas bangkit untuk menewaskan Southampton 3-2 di Stadium St Mary’s.

Liverpool mendahului pada minit ke-30 selepas kesilapan Flynn Downes dihukum Dominik Szoboszlai untuk gol pendahuluan Liverpool.

Pasukan tercorot liga EPL itu mendapat gol penyamaan selepas Virgil van Dijk kehilangan bola dan memaksa Andy Robertson menjatuhkan Tyler Dibling.

Penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher berjaya menyelamatkan sepakan penalti Adam Amstrong namun Amstrong lebih pantas menyambar bola tepisan Kelleher untuk mengikat kedudukan.

Saints berjaya mendahului menerusi Mateus Fernandes pada minit ke-56.

Namun mereka terus melakukan kesilapan, kali ini penjaga gol, Alex McCarthy yang memberikan gol penyamaan kepada Mohamed Salah selepas tidak berada pada posisinya untuk mengutip hantaran jauh Ryan Gravenberch.

Pada minit ke 83, bola terkena tangan Yuki Sugiwara dan Salah tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kemenangan Liverpool. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini