Tumpuan :
Sukan

EPL: Prestasi buruk United di Old Trafford berterusan

Aksi pemain Crystal Palace, Jean-Philippe Mateta meraikan jaringannya ke atas Manchester United. -FOTO: Reuters

MANCHESTER: Prestasi buruk Manchester United di laman sendiri musim ini berterusan apabila tumbang 2-0 di tangan Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Meskipun United sedang memburu kemenangan keempat berturut-turut dalam kesemua kejohanan, namun Palace muncul selaku pasukan lebih baik terutama di babak pertama yang berlangsung di Old Trafford.

Palace membuka tirai jaringan pada minit ke-64 menerusi Jean-Philippe Mateta dan jaringan berkenaan nyata menyentak maruah tuan rumah.

United cuba menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan namun pasukan nyata kekurangan idea.

Mateta sekali lagi meledak jaringan pada minit ke-89.

Kemenangan melonjakkan Palace ke kedudukan ke-12 carta kedudukan manakala United yang merekodkan kekalahan ketujuh mereka di laman sendiri dalam saingan liga terperosok di tangga ke-13. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini