comscore
Tumpuan :
Sukan

Eriksen mungkin tidak beraksi menentang Forest

Pemain Reading, Andy Carroll melakukan kekasaran terhadap pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen pada aksi pusingan keempat Piala FA di Old Trafford, Manchester, Britain. – FOTO: REUTERS

LONDON: Manchester United mungkin beraksi tanpa pemain utama, Christian Eriksen bagi pertemuan dengan Nottingham Forest di Old Trafford awal pagi Khamis ini.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada separuh akhir kedua Piala Liga bagi mencari tempat ke Wembley bulan depan dengan skuad Red Devils memegang kelebihan 3-0 daripada aksi pertama.

Kelab berkenaan mendedahkan bahawa Eriksen “diragui” bagi perlawanan itu selepas pemain antarabangsa Denmark itu mengalami kecederaan pergelangan kaki berikutan cabaran Andy Carroll pada pusingan keempat Piala FA berdepan Reading.

Perancang utama itu dilihat menggunakan topang ketika keluar dari stadium yang mencetuskan kebimbangan serius.

Eriksen ialah pemain penting skuad kendalian Ten Hag dan bermain dalam majoriti aksi sejak menyertai Man United selaku ejen bebas pada musim panas lalu.

Sementara itu Scott McTominay dan Luke Shaw juga diragui bagi pertembungan dengan Forest.

Diogo Dalot dan Anthony Martial juga tidak dapat bermain kerana kecederaan manakala Donny van de Beek tidak akan bermain sepanjang baki musim kerana menjalani pembedahan lutut.

Jadon Sancho sedang berusaha mendapatkan kembali kecergasan selepas diketepikan selama tiga bulan.

Dengan kelebihan besar selepas pusingan pertama, United mungkin akan menggilirkan kesebelaasan utama mereka dengan Harry Maguire yang digantung pada perlawanan pertama, boleh dipilih.

Bagi Forest pula, Morgan Gibbs-White diketepikan kerana kecederaan pergelangan kaki ketika berdepan United.

Taiwo Awoniyi (pangkal paha), Giulian Biancone (lutut) dan Cheikhou Kouyate (paha) juga tidak dapat digunakan kerana kecederaan yang panjang. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini