comscore
Tumpuan :
Sukan

ESPORTS: ‘Come back stronger’ Team SMG

Team SMG

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

PETALING JAYA: Harapan Team SMG untuk mengintai slot ke peringkat kalah mati tidak kesampaian selepas tewas buat kali kedua berturut-turut dalam saingan Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang, MLBB M5 yang berlangsung di Manila, Filipina.

Selepas kekalahan mengejut 0-2 kepada pasukan dari Turkiye, Fire Flux Esports, harapan tinggi diletakkan kepada Team SMG untuk mencipta kejutan pula berdepan pasukan tuan rumah yang juga merupakan juara M3, Blacklist International.

Namun, seperti djangka, Blacklist International yang pernah menjulang kejuaraan dunia adalah antara pasukan yang sekali lagi menjadi pilihan pada kempen M5 ini.

Sasa mendapatkan ‘maniac’

Team SMG, dibarisi Lu Khai Bean (Sasa), Aeliff Adam Md Ariff (Smooth), Hazziq Danish Mohamad Ruzwan (Stormie), Kenneth Fedelin (Saxa) dan Deomark Tabangay (Mikko) bagaimanapun tetap bekerja keras memberi tentangan sejak dari perlawanan pertama lagi.

Namun, Blacklist International yang memiliki cukup pengalaman berjaya menyekat segala strategi Team SMG, menutup perlawanan pertama dalam tempoh kurang 17 minit.

Memasuki perlawanan kedua, Team SMG kali ini tampil dengan strategi berbeza, membiarkan Sasa yang menggunakan hero ‘Bruno’ melakukan ‘farming’ dengan kawalan peta ditugaskan kepada Smooth dan juga Stormie.

Sasa

Dan kali ini, permainan Team SMG jelas lebih kemas, berjaya memberi tekanan kepada pasukan Blacklist International.

Sasa yang pada awalnya lebih banyak melakukan ‘farming’ kini sudah mendapatkan ‘power spike’ yang diinginkan dan bermulalah serangan Team SMG ke atas kubu lawan.

Segalanya berjalan seperti yang dirancang dengan Sasa cemerlang melakar ‘maniacs’ sebelum Team SMG mudah memusnahkan kristal lawan untuk mengikat kedudukan 1-1.

‘Game’ penentuan, Blacklist International sedar dengan kemampuan yang dimiliki Team SMG, kali ini mereka tidak lagi mahu memberikan ruang terlalu besar.

Namun, tetap terpaksa mengambil masa sehingga hampir 18 minit sebelum menutup aksi untuk kemenangan 2-1 memihak Blacklist International.

Kecewa, namun, penampilan yang disajikan Team SMG harus dipuji dan pastinya pasukan hebat seperti Blacklist International sudah dapat merasakan perkembangan besar yang dipamerkan wakil negara itu.

Walaupun terlepas tiket untuk ke peringkat kalah mati selepas dua kekalahan berturut-turut yang dialami, masih ada satu perlawanan perlu dihadapi Team SMG esok, menentang wakil Brazil, RRQ Akira untuk perlawanan terakhir kumpulan B.

Loading...
Terkini